Thursday 15 November 2012

EKSKLUSIF: SIAPA TERJEBAK DENGAN "SINDROM LAJIM" DI SELANGOR? @NOHOMAR ATAU @ZINMOHAMED ? - @NAJIBRAZAK


SINDROM LAJIM mula merebak ke Selangor. Benarkah Noh Omar setia kepada UMNO dan BN? Bagaimana dengan Zin Badak? Apa pula cerita ketua-ketua bahagian UMNO dalam negeri Selangor?

Benarkah ketua-ketua bahagian dalam negeri Selangor akan berhempas pulas memastikan Selangor kembali kepada BN?

Persoalan demi persoalan timbul menjelang PRU13 yang semakin hampir.

Desas desus mula kedengaran... mengatakan bahawa ramai juga pemimpin UMNO mula menempah 'insuran' dalam skim yang diperkenalkan oleh pembawa malapetaka nombor satu Malaysia, Anwar Ibrahim.

Namun sejauh mana teruknya 'wabak Lajim' di negeri Selangor menjadi tanda tanya.

Anwar, memang terkenal dengan kepakarannya dalam memujuk dan mendorong mana-mana pemimpin yang ditemuinya. 

Bukti jelas adalah pemimpin PAS yang mula menanggalkan kopiah dan jubah... seterusnya membakul-sampahkan matlamat asal perjuangan parti itu untuk membina sebuah negara Islam mengikut definisi mereka sendiri.

"Membentuk negara Islam" kini telah pun bertukar menjadi "negara berkebajikan".

Itu PAS, berbalik kepada negeri Selangor, siapakah yang terjebak dalam sindrom Lajim ini?

Noh Omar kah? atau Zin badak? 

Siapa?





0 comments:

Post a Comment