Wednesday 16 January 2013

[VIDEO] APA KAITAN MASALAH AIR DENGAN KADAR PERCERAIAN DI SELANGOR?


"Ada dua perkara yang dititik-beratkan oleh Dato' Sri Paduka Dr Haji Shafie Salleh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat berkaitan permasalahan air di Selangor"

Sebagai bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pada masa lalu, antara faktor penyebab perceraian berlaku adalah berkenaan soal air.

Walaupun kedengaran lucu, namun bagi beliau ianya adalah benar berdasarkan maklumat yang beliau perolehi sewaktu menduduki kerusi pengarah JAIS satu ketika dahulu.

Kedua, juga sebagai bekas Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, beliau berpendapat bahawa jika masalah air tidak diselesaikan maka ia akan menakutkan pelabur asing untuk membawa 'foreign direct investment' atau FDI ke dalam negeri Selanggor.

Pelabur asing mahukan bukan sahaja persekitaran yang aman dan stabil malahan prasarana yang baik termasuk air.

Air sebagai asas keperluan sejagat memainkan peranan penting sayangnya ia kini menjadi isu utama rakyat negeri Selangor yang diancam kekurangan air terawat ekoran krisis Langat 2.

Saksikan sedutan rakaman di bawah ini:





0 comments:

Post a Comment