Friday 15 February 2013

[PANAS] DR YUNUS HAIRI KHIANATI ABDULLAH SANI




Battlefield Kuala Langat bakal menyaksikan penyandang parlimennya (P112), YB Abdullah Sani ditendang keluar dari gelanggang lebih awal apabila dikatakan gagal menambat hati pengundi dan penduduk tempatan.

Kegagalan besar beliau dilihat apabila gagal memenangi kerusi Ketua PKR Cabang Kuala Langat yang dimenangi oleh seorang anak tempatan, David Cheong pada tahun 2012.

Pergeseran antara Abdullah Sani dan David Cheong sememangnya menjadi buah mulut penduduk tempatan.

Lebih dari itu, gelagat beliau turut kurang disenangi oleh rakan-rakan seangkatan termasuk dari parti PAS sendiri yang diketuai oleh ADUN Sijangkang, YB Dr Yunus Hairi serta penyelaras pembangunan kerajaan negeri Selangor bagi kawasan Morib, Haji Hasnul Baharuddin.

Abdullah Sani menduduki kerusi P112 Kuala Langat dikatakan atas faktor 'nasib' apabila memenanginya dengan kelebihan majoriti 989 undi mengatasi calon BN, Dato' Sulaiman Karli pada tahun 2008 sedangkan track-record undi terbanyak kerusi parlimen Kuala Langat dipegang oleh Dato' Seri Paduka Dr Haji Shafie Salleh (BN) pada tahun 2004 apabila memenanginya dengan majoriti besar 21, 495 undi mengatasi pesaingnya iaitu Zulkifli Noordin (KeAdilan) dan Mohamed Makki Ahmad (PAS).

PAS Kuala Langat turut dikatakan berkeras mahukan calon mereka ditempatkan untuk kerusi parlimen bagi piihanraya ketiga belas akan datang.

Lebih dari itu, nama YB Dr Yunus Hairi sendiri turut dikatakan diangkat bagi menjadi calon parlimen Kuala Langat mewakili PAS seterusnya PAS bakal mendominasi kerusi-kerusi P112 (Kuala Langat), N51 (Sijangkang) dan N53 (Morib) serta mengekalkan kerusi N52 (Telok Datok) kepada calon DAP.


0 comments:

Post a Comment