Monday 11 March 2013

[NASIONAL] LIWAT II : AZLAN MASUK PKR, TIDAK MAHU BERSUMPAH - #LIWAT2


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa kes liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi telah membuat kenyataan media bersama-sama setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution di ibu pejabat PKR, Tropicana, Damansara.

Beliau yang hanya membacakan kenyataan selama hampir 7 minit itu menyerahkan borang keahlian PKR dan melakukan 'gimmick' menerima baju serta topi parti tersebut dari Saifuddin.

Turut kelihatan hadir adalah Abdullah Sani, ahli parlimen Kuala Langat dan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan sumpah 'laknat' sebagaimana yang dilakukan oleh anaknya, Saiful, beliau menolaknya dan menganggap perbuatan itu sudah 'terlalu biasa'.

Terdahulu, beliau mengejutkan suasana politik tanahair apabila membuat kenyataan bahawa kes liwat II merupakan satu konspirasi Umno dan menganggap bahawa anaknya tidak pernah diliwat.

Kenyataan beliau dibuat sewaktu tumpuan rakyat Malaysia begitu kuat terhadap krisis berdarah Lahad Datu yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik Malaysia termasuklah Anwar sendiri dan Dr Jeffrey Kitingan.

Selain dari itu, kemarahan rakyat Malaysia terhadap Tian Chua, naib presiden PKR turut memuncak apabila lebih 200 laporan polis dibuat terhadap beliau yang menganggap bahawa krisis Lahad Datu merupakan satu lagi sandiwara dari Umno dan menganggap anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai 'mati katak'!

0 comments:

Post a Comment