SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Audit 2011/12. Show all posts
Showing posts with label Audit 2011/12. Show all posts

Thursday 1 November 2012

#AUDITSELANGOR : "CREATIVE ACCOUNTING" CIPTAAN @KHALID_IBRAHIM



KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada Kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri.

"Saya juga ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlang dari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.

"Saya hendak tegaskan di sini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 bilion, diikuti Sabah dengan RM2.6 bilion dan kemudian baru Selangor RM1.9 bilion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen Selasa lalu.

Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil iaitu hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.

"Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan menganggapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.

"Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan dimasukkan semula ke dalam poket kiri.

"Ini juga apa yang dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Membangkitkan perkara yang sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan di negeri Selangor.

"Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel), dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan," katanya. - Utusan

sumber: UMB PPUM

Friday 26 October 2012

#AUDITSELANGOR : GILIRAN @ZINMOHAMED SLAMMED-DUNK @KHALID_IBRAHIM .. @FAEKAH_QKN5 DUDUK DIAM TAKUT @AZMINALI




SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) apabila mempertikaikan jumlah kelahiran di negeri itu dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas iaitu seramai 313,706 orang.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata penafian Abdul Khalid bahawa angka kelahiran tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran untuk skim itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 hanya 23.7 peratus.

"Adakah Menteri Besar mengatakan bahawa hampir 80 peratus kelahiran lagi merupakan bukan warganegara? Persoalan penting ialah bagaimanakah kerajaan negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan Tawas akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun.

"Ini kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak kerajaan negeri untuk menghasilkan pulangan berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Mohd Zin mendakwa peruntukan untuk TAWAS juga digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk skim itu, sebaliknya RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.

Beliau berkata ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membelanjakan 98 peratus dari peruntukan RM5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4 peratus sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

"Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi daripada wang yang diagihkan dan ke manakah bagi RM5.5 juta lagi," katanya.

Selain itu, beliau berkata Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran.

Mohd Zin berkata Laporan Ketua Audit Negara turut merekodkan bahawa kerajaan persekutuan memberikan RM375.9 juta kepada kerajaan Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16,013 kilometer, tetapi kerajaan negeri didakwa hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan peruntukan.

"Ini secara tidak langsung menyebabkan wang kerajaan negeri meningkat tetapi hakikatnya peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.

"Tidak guna jika Abdul Khalid berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor masih lagi mempunyai infrastruktur tidak sempurna di sesetengah kawasan," katanya.

Mohd Zin berkata Laporan Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010 dan selain itu, berbanding 2010, kerajaan negeri turut membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal.

"Abdul Khalid kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemah, sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan sama ada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajikan lain.

"Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban," katanya.


Laporan: shahalamrebels

Sunday 21 October 2012

#AUDITSELANGOR : TAWAS MERUPAKAN SATU SKIM PENIPUAN DAN MENIDAKKAN HAK ANAK LUAR NIKAH (TIDAK KIRA AGAMA) YANG TAK BERDOSA



TAWAS adalah singkatan bagi Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan janji keling kerajaan pakatan Selangor sebelum pilihanraya ke-12 dengan memberi setiap anak yang lahir di Selangor diberi RM100. 

Tapi betul ke semua anak Selangor yang lahir di Selangor menerima bantuan 'merakyatkan ekonomi selangor' ini? Ade ke statistik yang membuktikan kerajaan selangor telah memberi bantuan yang dijanjikan? Sebab yang berdaftar dengan TAWAS sekarang ini cuma sekitar 50 ribu bayi jika hendak dibandingkan dengan jumlah kelahiran yang direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Lihat SINI untuk jumlah kelahiran yang dikarang oleh PAS. Sebab apa JawaBernam ikut statistik yang ada pada PAS? Sebab kan pembangkang tak percaya dengan semua sumber dari kerajaan BN.

516,645 kelahiran dicatatkan pada tahun 2010 itu termasuk kelahiran luar nikah. Dan Selangor menduduki tangga teratas diikuti oleh Sabah dan Johor. Statistik juga menunjukkan yang Selangor juga menjadi juara liga kelahiran anak luar nikah paling tinggi pada 2009 hingga kini. 

Teruskan untuk mengetahui pendedahan yang akan JawaBernam singkapkan. Semua rakyat Selangor wajib tahu...

Pendaftaran baru TAWAS baru 50 atau 60 ribu orang yang belum tentu lulus. Dahulu sebelum hampir bahang pilihanraya, kerajaan Selangor menyekat pendaftaran kepada anak-anak sebelum setahun saja boleh didaftarkan. Nak pilihanraya ni TAWAS telah membuka pendaftaran kepada semua anak-anak Selangor yang lahir sejak 2008 yakni sejak pakatan memerintah. Ini baru gula-gula. Masalah yang timbul kat sini adalah, untuk pendaftaran yang telah dibuat pada 2008 pun masih belum menerima sijil atau kad apatah lagi statement simpanan yang dijanjikan oleh TAWAS. Bila berlaku kes-kes mak bapak datang serang mereka salahkan bank sebab tak siapkan akaun bayi-bayi Selangor ni. Bila ada pula yang call pejabat TAWAS mereka kata sudah hantar kepada pihak bank tapi sebenarnya tak jalan apa pun. Makan gaji buta.

Kerajaan Selangor janji bagi RM1,500 kepada anak kelahiran Selangor tapi yang sebenarnya hanya bagi RM100 yang disimpan didalam akaun selama 18tahun. Pakatan PENIPU! Tak kan dah perintah 4 tahun baru dapat kumpul bayi 50,000?? Anak luar nikah tak dapat ke?

Laporan: jawabernam

Friday 19 October 2012

#AUDITSELANGOR : KISAH BAGAIMANA "MAHASISWA UNISEL DICEKIK DAN DIHISAP 198.1% DARAHNYA" OLEH @KHALID_IBRAHIM




 

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010.

Syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu dilaporkan mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus berbanding RM12.62 juta pada 2009.

Menurut laporan itu, pendapatan PIYSB pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah RM91.41 juta, RM89.35 juta dan RM71.82 juta.

“Penurunan itu disebabkan bilangan kemasukan pelajar berkurangan.

“Perbelanjaan PIYSB sepanjang tempoh sama pula meningkat daripada RM83.53 juta pada 2008 kepada RM95.78 juta pada 2009 dan RM102.87 juta pada 2010,” jelas laporan itu.

Laporan berkenaan turut menyatakan liabiliti syarikat tersebut pada 2010 iaitu sebanyak RM439.17 juta meningkat berbanding RM381.58 juta pada 2009.

Antara pemiutang utama adalah pemaju, kontraktor dan penyenggara (RM263.6 juta); ‘Bai Bithamin Ajil Debt Securities’ – Affin Bank Berhad (RM150 juta) dan kerajaan PKR Selangor (RM73.31 juta).

“Jumlah liabiliti semasa sebanyak RM124.87 juta berbanding pendapatan sebanyak RM75.48 juta pada 2010 menunjukkan PIYSB tidak mampu menjelaskan liabiliti semasa itu,” demikian menurut laporan berkenaan.

Secara keseluruhan, laporan itu mendapati prestasi kewangan PIYSB tidak memuaskan dan Lembaga Pengarah PIYSB perlu sentiasa memantau prestasi serta berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat itu.

Lembaga Pengarah PIYSB diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi dan turut dianggotai sembilan ahli lain.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 turut menemui tujuh kelemahan pada pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat PIYSB.

Kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti adalah pengambilan pelajar tidak mencapai sasaran, tunggakan yuran meningkat dan sebahagian kemudahan Unisel tidak disenggarakan dengan sempurna.

Kelemahan lain termasuk Audit Dalaman tidak berfungsi, Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan, Mesyuarat Agung Tahunan tidak dijalankan dan tatacara operasi standard tidak diluluskan Lembaga Pengarah.


laporan: shahalamrebels

Thursday 18 October 2012

#AUDITSELANGOR : DR KHIR TOYO WAS-WAS ANTARA TAWAS DENGAN MAWAS








1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas.

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa.

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan.

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas?

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini.

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.


SUMBER: Dr Khir

Laporan: shahalamrebels


#AUDITSELANGOR : "GO DIE PAKATAN SCHEME OF EDUCATION!"



LAPORAN Ketua Audit Negara Tahun 2011 (Audit 2011) menunjukkan Pendidikan Industri YS Selangor Sdn. Bhd. (PIYSB) iaitu syarikat subsidari Menteri Besar Selangor (MBI) yang bertanggungjawab mengendalikan pendidikan Unisel dan Inspens mengalami penigkatan kerugian selepas cukai 2008 - RM1.63juta, 2009-RM13.36juta dan 2010-RM39.69juta.

Syarikat milik kerajaan negeri itu dilaporkan mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus berbanding RM12.62 juta pada 2009.

Sejak kerajaan negeri diperintah oleh DAP-PKR-PAS pada 2008, prestasi pendapatan PIYSB semakin menurun. Menurut laporan itu, pendapatan PIYSB pada 2008-RM91.41juta, 2009-RM89.35juta dan 2010-RM71.82juta. Bukan itu sahaja kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB meningkat pada tahun 2010.

Apakah yang mahu diselindungkan oleh kerajaan Selangor? Apabila rakyat mempersoalkan tentang prestasi Unisel, unjuran pengambilan pelajar yang semakin menurun, tangkas Menteri Besar, Setiausaha Politik atau Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan menafikan perkara ini.

Audit 2011 telah menjelaskan kepada rakyat betapa lemahnya tadbir urus korporat PIYSB apabila Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan, audit dalam tidak berfungsi Mesyuarat Agung Tahunan tidak dijalankan dan prosedur operasi yang tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Audit 2011 mengesahkan episod kelamnya pendidikan di Selangor.

Yayasan Selangor ditubukan pada 1970 yang berfungsi merangka strategi pendidikan kepada masyarakat luar bandar telah membuat keputusan untuk merobohkan dua buah asrama pusatnya di Kampung Pandan atas tujuan pembangunan. Sedangkan matlamat asas penubuhan kedua-dua asrama tersebut adalah memberi peluang kepada anak-anak kampung belajar di sekolah terbaik di Kuala Lumpur.

Pembaziran, salah urus tadbir dan salah laku sumber manusia merupakan bukti kegagalan sebuah institusi yang sepatutnya menumpukan kepada kemudahan pendidikan berbanding dengan perkara-perkara lain. Pada masa sama, Yayasan Selangor menghadapi kes saman RM1 juta oleh bekas Timbalan Pengurus (Pendidikan) bersama 10 kakitangan lain.

Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sungai Besar tempat anak-anak muda Selangor membangunkan kemahiran teknikal akhirnya ditutup. IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000 ditutup kerana tidak memberi keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri. IKYS dibina dengan kos RM25juta.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan menerusi strategi pendidikan kepada anak yatim dan miskin akhirnya dipinggirkan oleh Menteri Besar. Yayasan terpaksa melupakan hasrat untuk melihat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Serendah apabila Menteri Besar enggan membenarkan pembinaan tersebut.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi memutuskan tanah seluas kira-kira 323.7 hektar yang dilucutkan hak oleh kerajaan negeri akhirnya dipulangkan kepada Yayasan tersebut.

Unisel dengan siri-siri kekalutan pentadbirannya menyebabkan institusi itu bukan lagi menjadi pilihan pelajar. Terlalu banyak insiden politik yang menyebabkan imej Unisel terjejas.

Pelantikan Ahli Parlimen PKR - Merbok Kedah, Datuk Rashid Din memberi isyarat seolah-olah sudah tiada lagi ahli politik di Selangor yang berimej cendekiawan sedangkan Unisel adalah universiti milik kerajaan negeri.

Kita juga tidak lupa apabila seramai 3,000 pelajar Unisel yang tidak dapat menginap di kampus Bestari Jaya, terpaksa tidur di bilik rakan dan surau berikutan pengurusan kolej kediaman Unisel yang enggan membenarkan mereka menduduki asrama. Masalah itu didakwa berlaku kerana Unisel tidak melunaskan kos pengurusan kolej kediaman kepada pihak syarikat konsesi selama 17 bulan bagi kampus induk dan lapan bulan bagi kos pengurusan asrama.

Episod empat tahun di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim memberi gambaran yang kelam kepada rakyat.

Semakin banyak yang dimiliki hilang dan semakin banyak yang dipegang tertiris.

BUDIMAN MOHD. ZOHDI ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang)
-petikan dari Utusan Malaysia-

laporan: jawabernam

Wednesday 17 October 2012

#AUDITSELANGOR : BILA BR1M DILEMBUKAN, TAWAS DIMAWASKAN





Dulu Barisan Alternatif atau kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat menyatakan bahawa kalau mereka memerintah Selangor, setiap anak yang dilahirkan di bumi Selangor akan dapat RM100.



Menurut Laporan Ketua Audit Negara, hanya 19.4% anak Anwar Selangor dapat Tawas. Mana yang lain? Kenapa Kerajaan Pakatan tak berusaha mencari?

Baca balik janji mereka pada 2008...

Membuka Tabung Permulaan RM100 bagi SETIAP...diulangi...SETIAP ANAK KELAHIRAN SELANGOR..

Sekarang dapat ke?

Janji diliwati..

sumber: ikrarpemuda