SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Hishamuddin Hussein Onn. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Hussein Onn. Show all posts

Tuesday 11 December 2012

EKSKLUSIF : KEJAYAAN MINDEF SEPANJANG 2012 DICERITAKAN @ZAHID_HAMIDI PADA MALAM APRESIASI MEDIA 2012 #MSIASUCCESSSTORY












Pada Malam Apresiasi Media MINDEF 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi telah menceritakan pelbagai Success Stories MINDEF sepanjang tahun 2012. Satu pencapaian yang sememangnya patut dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Tahniah MINDEF!

Wednesday 28 November 2012

#PAU2012 : SIDANG MEDIA KUPASAN UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO OLEH TIGA NAIB PRESIDEN




1. Sidang media untuk mengupas ucapan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin telah diamanahkan kepada 3 Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishammuddin Hussein dan DS Shafie Afdal.

2. DS Zahid telah menyentuh mengenai 3 perkara pokok yang disebut di dalam ucapan tersebut.

3. Pertama beliau mengupas tentang kelayakan PAS untuk membentuk kerajaan.

4. PAS tidak layak untuk membentuk kerajaan berdasarkan 'score card' prestasi PAS pada pilihanraya yang lepas. 

5. PAS dilihat telah bertanding hanya 66 kerusi sahaja dan menang pula sekadar 23 kerusi pula. Untuk membentuk kerajaan, diperlukan sekurang-kurang 112 kerusi. Maka niat PAS untuk membentuk kerajaan dianggap tidak berpijak di atas bumi yang nyata.

6. Kedua adalah mengenai keupayan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara.

7. DS Zahid berkata bahawa kita tidak perlu lihat jauh kepada keupayaan pembangkang. Cukup sekadar kita menilai keupayaan mereka mentadbir dan menguruskan 4 negeri yang mereka menang. Jikalau keupayaan mentadbir negeri pun tidak cekap inikan pula untuk mentadbir negara.

8. Yang ketiga pula adalah mengenai perjuangan ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri adalah berterusan sepanjang masa. Ini juga adalah platform bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan sebelum diberikan tanggung jawab yang lebih besar.

9. Apabila ditanyakan tentang permuafakatan Pakatan, Shafie dan Hishammuddin menjelaskan bahawa pakatan mereka adalah tidak seutuh mana. Di Pulau Pinang contohnya, PAS yang dilihat sebagai pakar dalam agama dan boleh menasihati tentang hal-hal agama tidak diberi tempat sebagai Exco Agama.

10. Apabila Nurul Izzah mengeluarkan kenyataannya yang jelas bertentangan dengan Islam juga tidak disentuh oleh PAS. Malah Ketua Dewan Ulama PAS turut menyatakan bahawa itu (su Nurul Izzah) adalah hal kecil dan tidak perlu dibincangkan.

11. Soalan kedua pula adalah mengenai kesiap-siagaan sayap-sayap UMNO, DS Hishammuddin berseloroh menjawab bahawa itu perlu ditanya kepada ketua sayap masing-masing.

12. Soalan ketiga yang disambut pula oleh DS Zahid tentang doa yang dibacakan tentang oleh Ustad Affendi, wakil Pergerakan Pemuda UMNO yang mendoakan kesejahteraan PAS dan terbuka pintu hati mereka untuk bermuzakarah dengan UMNO demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanahair.

13. Walaupun PAS telah mendoakan kejahanaman UMNO, UMNO tidak akan melakukan perkara yang sama untuk berdendam dengan PAS malah mendoakan kebaikan bersama.

14. Jelas dinyatakan di dalam sidang media tersebut bahawa UMNO sentiasa melakukan kebaikan dan terbuka kepada teguran-teguran.

15. Sidang Media tersebut diakhiri dengan perjumpaan DS Shafie bersama jurubicara-jurubicara yang bakal berucap esok.


Laporan: truthvaccine

Monday 26 November 2012

EKSKLUSIF: #SINDROMLAJIM V - SIAPA PEMIMPIN UMNO SELANGOR TERIMA WANG DARI ANWAR? @NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI @HISHAMUDDINH20 @NOHOMAR @ZINMOHAMED




1. Setelah dua artikel tentang #SindromLajim dikeluarkan, nampaknya panas e-mail Salah dengan maklumat-maklumat tentang isu pembelian 'insurans' oleh pemimpin UMNO Negeri Selangor.

2. Setelah ditapis satu demi satu, nampaknya ada satu cerita baru yang agak panas dan mungkin belum pernah kedengaran lagi di mana-mana media.

2a. Laporan ini diterima daripada sahabat Salah yang kebetulan ada di tempat kejadian.

3. 3hb November yang lepas, Anwar Ibrahim telah ke Jakarta. Sesampai tiba di lapangan terbang tersebut, beliau kelihatan turun bersama 7 orang yang antara 2 orang tersebut memang dikenali sebagai pengawal peribadi beliau.


4. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah 2 orang kenamaan di dalam UMNO Selangor kelihatan berlegar-legar di lapangan terbang tersebut.

5. Anwar Ibrahim setibanya beliau terus ke ruangan pelepasan untuk beramah-mesra dengan rakyat Malaysia yang ada di sana. Satu strategi politik Anwar yang tidak asing lagi.

6. Setelah itu beliau dihampiri oleh seorang lelaki yang mukanya dikenali di UMNO Selangor ini. Setelah berbisik, salah seorang daripada pengawal peribadi Anwar beredar menuju ke tandas diekori oleh lelaki ini.

7. Maka, sahabat Salah inipun ikut mereka berdua menuju ke tandas.

8. Di sana, dia melihat bahawa berlakunya transaksi duit antara pengawal peribadi Anwar dan lelaki tersebut. Dia sempat merakam gambar, tetapi gambar tersebut belum boleh didedahkan lagi. Cuma gambar ini sahaja dikeluarkan dahulu.



9. Kemudian sahabat Salah ini mengekor pula pengawal peribadi Anwar tersebut. Pengawal peribadi tersebut pergi ke sebuah ATM untuk mengeluarkan wang lagi.

10. Melihat bahawa tiada maklumat yang boleh diterima dari kelakuan pengawal peribadi Anwar tersebut, sahabat Salah mengubah haluan untuk mengekor lelaki tersebut pula.

11. Kelihatan lelaki tersebut bergerak dengan pantas dan menuju ke ruangan pelepasan. Kelibat Anwar telah hilang.

12. Sahabat Salah sebenarnya adalah orang lama di dalam arena politik UMNO Selangor. Dia dengan bersahaja menegur lelaki tersebut dan berborak kosong. Bila ditanyakan apa tujuan lelaki itu berada di Jakarta, jawapannya mudah, ada 'confrence' katanya.

13. Datang pula seorang lagi sahabat lelaki tersebut yang juga kenal antara satu sama lain termasuk sahabat Salah.

14. Lelaki pertama ialah Ridhuan Mohd Taib, adik kepada Tan Sri Muhamad Taib, bekas Menteri Besar Selangor yang dahulu dan lelaki kedua adalah Adnan Buyung.



15. Apa tujuan mereka berada di situ?

16. Apakah tujuan duit itu diterima?

17. Adakah akan berlakunya satu lagi kes pembelotan di UMNO Selangor pula?

18. Harap dapat dijelaskan secepat mungkin. Mungkin ini yang berlaku kepada Sheikh Kadir sebelum beliau lompat keluar dari UMNO dan menjadi seperti Lajim!

19. Bukan tujuan pendedahan ini untuk menabur fitnah ataupun dengki kepada sesiapa. Cumanya, untuk menyelamatkan Selangor daripada golongan opportunis seperti Lajim dan Sheikh Kadir. Sekiranya tidak benar, tampil ke hadapan dan katankan tidak benar. Jangan berdiamkan diri.

20. TS Muhammad Taib juga harus menjawab persoalan ini dan nyatakan pendirian beliau tentang UMNO. Memang TS tidaklah berjawatan tinggi sekarang ini, tetapi itu bukan penghalang kepada TS untuk berkhidmat terus kepada Agama, Bangsa dan Tanahair!

19. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara.


Laporan: truthvaccine

Thursday 22 November 2012

@HISHAMUDDINH20 LANCAR #SELAMATKANGAZA #1KDN4PEACE



Antara tulisan di laman facebook milik DS Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri semalam dalam mengutuk perbuatan zalim Israel ke atas umat Islam di Gaza. Selain itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan Skuad Mudanya untuk membantu mengisi Tabung Kecemasan Gaza yang dikendalikan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), mulai semalam dan akan dilancarkan 8.30 pagi esok di KDN Putrajaya.



1KDN semarakan kedamaian!