SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Panglima Patin Hitam. Show all posts
Showing posts with label Panglima Patin Hitam. Show all posts

Wednesday 9 January 2013

[KHAS] DI SEBALIK FITNAH YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DILEMPARKAN, PASANGAN SUAMI-ISTERI INI TETAP MEMBELA NASIB RAKYAT #1MALAYSIATOLAKFITNAH


PM dan Isteri turun padang menyerahkan wang ihsan banjir

Kira-kira 1200 orang penerima wang ihsan  banjir beserta keluarga dari sekitar daerah Kuantan telah diraikan dalam satu majlis yang amat ringkas serta meriah bertempat di dewan utama, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, jam 1230 tengahari tadi. Majlis ini telah dimaklumkan kepada PPH telah diadakan secara "Ad-Hoc" dalam rangka kerja lawatan YAB Perdana Menteri serta isteri ke negeri Pahang. 

Beliau di dalam ucapannya telah menyatakan dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin teguh, kerajaan senantiasa akan mendahulukan kepada kebajikan rakyat hasil dari pendapatan negara yang semakin bertambah. Beliau juga dalam ucapannya bersyukur serta berterima kasih semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program dalam jangka masa yang singkat kerana beliau berasa betapa pentingnya seorang pemimpin untuk bersama-sama mengambil berat serta berkongsi masalah yang dihadapi oleh rakyat. Turun hadir dalam majlis tersebut adalah YAB Menteri Besar  Pahang.

Bersyukur!!Antara penerima wang ihsan yang ditemui.

PPH nak mengucapkan setinggi syabas kepada YAB Perdana Menteri kita kerana sudi turun padang berkongsi masalah rakyat. Orang putih kabor, "He Walk The Talk.."!! Daripada ada beberapa pemimpin pembangkang tu dari PRU 12 sampai ke zaman nak dekat PRU 13..cakap je berbuih..satu habuk tarak..

PPH nak cabar la LIM GUAN ENG dengan Dato' Khalid Gagap, kalau korang cakap banyak pembaharuan dan kemajuan dah dijalankan di negeri jajahan masing-masing, sila la beri wang ihsan RM 500 seorang kepada mangsa bencana di negeri masing-masing...ADA BERANI?ADA DUIT? SUDAHLAH CAKAP TARAK GUNA TEMBAK TARAK KENA...PUII..!!

Thursday 3 January 2013

KHAS : GUGURNYA PAHLAWAN NEGARA [IN MEMORY OF KANANG ANAK LANGKAU]


Pahlawan Negara, Kanang anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 1.45 pagi, 3 Januari 2013 hari ini.  

Menurut Utusan Online mendiang telah dikejar ke hospital dari kediamannya di kampung Apong setelah mendiang mengadu sakit dada pada jam 12 malam.

Malaysia kehilangan seorang pahlawan yang telah berjuang demi agama, bangsa dan negara daripada dijajah oleh puak yang ingin menjadikan negara ini sebuah negara komunis. Jadi mengapa tidak kita kenang jasa dan teruskan perjuangan beliau...?

PPH ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap negara kita akan dapat melahirkan lebih rama lagi pahlawan negara seperti beliau.

*P.S.  PPH masih ada lagi simpan buku autobigrafi KANANG terbitan tahun 1980an..beliau memang pahlawan yang hebat.