SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Saifuddin Nasution. Show all posts
Showing posts with label Saifuddin Nasution. Show all posts

Monday 11 March 2013

[NASIONAL] LIWAT II : AZLAN MASUK PKR, TIDAK MAHU BERSUMPAH - #LIWAT2


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa kes liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi telah membuat kenyataan media bersama-sama setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution di ibu pejabat PKR, Tropicana, Damansara.

Beliau yang hanya membacakan kenyataan selama hampir 7 minit itu menyerahkan borang keahlian PKR dan melakukan 'gimmick' menerima baju serta topi parti tersebut dari Saifuddin.

Turut kelihatan hadir adalah Abdullah Sani, ahli parlimen Kuala Langat dan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan sumpah 'laknat' sebagaimana yang dilakukan oleh anaknya, Saiful, beliau menolaknya dan menganggap perbuatan itu sudah 'terlalu biasa'.

Terdahulu, beliau mengejutkan suasana politik tanahair apabila membuat kenyataan bahawa kes liwat II merupakan satu konspirasi Umno dan menganggap bahawa anaknya tidak pernah diliwat.

Kenyataan beliau dibuat sewaktu tumpuan rakyat Malaysia begitu kuat terhadap krisis berdarah Lahad Datu yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik Malaysia termasuklah Anwar sendiri dan Dr Jeffrey Kitingan.

Selain dari itu, kemarahan rakyat Malaysia terhadap Tian Chua, naib presiden PKR turut memuncak apabila lebih 200 laporan polis dibuat terhadap beliau yang menganggap bahawa krisis Lahad Datu merupakan satu lagi sandiwara dari Umno dan menganggap anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai 'mati katak'!

Sunday 23 December 2012

LAPORAN KHAS : NASARUDDIN TANTAWI PASTI KECEWA KERANA USAHA BELIAU ISYTIHAR HARTA DALAM MUKTAMAR DIPERLEKEHKAN PAKATAN SENDIRI @TANTAWI100 @SAIFNASUTION



1. Portal HarakahDaily pada hari ini telah melaporkan bahawa PKR dan PAS menolak cadangan supaya setiap calon perlu ditapis SPRM.

2. Mereka memberi alasan dengan mengatakan SPRM itu sendiri tidak berwibawa, mempersoalkan siapakah individu di dalam SPRM yang akan membuat tapisan tersebut dan pelbagai lagi alasan untuk menolak cadangan tersebut.

3. Adakah mereka ini takut sebenarnya untuk membuat pemeriksaan?

4. Malah, Mustapha Ali, Setiausaha Agung PAS berkata kepada harakah, PAS mempunyai mekanismanya sendiri dan tidak memerlukan badan luar untuk membuat tapisan.

5. Sama ada Mustapha Ali tidak faham dengan kaedah audit dari luar ini ataupun beliau mempunyai sesuatu untuk disembunyikan.

6. Nampaknya isu tapisan calon oleh SPRM ini telah menakutkan kedua-dua parti PAS dan PKR ini. PAS dan PKR kini sudah tidak senang duduk memikirkan perkara ini.

7. Hanya mereka yang bersalah sahaja takut dengan tapisan sebegini. Sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa untuk disabitkan kesalahan, maka mereka tidak perlu takut.

8. Bukan setakat itu sahaja, kewibawaan dan kecekapan pegawai-pegawai SPRM telah dihina secara terbuka oleh Saifuddin Nasution.

9. Nampaknya cadangan ini telah berjaya 'menjolok lubang yang betul untuk mengeluarkan ular-ular yang bersarang' di dalamnya.

10. Gunakan Hak untuk berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!

Laporan: truthvaccine