SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts
Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts

Monday 11 March 2013

[NASIONAL] LIWAT II : AZLAN MASUK PKR, TIDAK MAHU BERSUMPAH - #LIWAT2


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa kes liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi telah membuat kenyataan media bersama-sama setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution di ibu pejabat PKR, Tropicana, Damansara.

Beliau yang hanya membacakan kenyataan selama hampir 7 minit itu menyerahkan borang keahlian PKR dan melakukan 'gimmick' menerima baju serta topi parti tersebut dari Saifuddin.

Turut kelihatan hadir adalah Abdullah Sani, ahli parlimen Kuala Langat dan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan sumpah 'laknat' sebagaimana yang dilakukan oleh anaknya, Saiful, beliau menolaknya dan menganggap perbuatan itu sudah 'terlalu biasa'.

Terdahulu, beliau mengejutkan suasana politik tanahair apabila membuat kenyataan bahawa kes liwat II merupakan satu konspirasi Umno dan menganggap bahawa anaknya tidak pernah diliwat.

Kenyataan beliau dibuat sewaktu tumpuan rakyat Malaysia begitu kuat terhadap krisis berdarah Lahad Datu yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik Malaysia termasuklah Anwar sendiri dan Dr Jeffrey Kitingan.

Selain dari itu, kemarahan rakyat Malaysia terhadap Tian Chua, naib presiden PKR turut memuncak apabila lebih 200 laporan polis dibuat terhadap beliau yang menganggap bahawa krisis Lahad Datu merupakan satu lagi sandiwara dari Umno dan menganggap anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai 'mati katak'!

Friday 8 March 2013

[NASIONAL] KENYATAAN RASMI SAIFUL BUKHARI - #LIWAT2


Bismillahirahmannirrahim.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga membuat amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

5. Walau apa pun berlaku saya yakin pada Allah swt, kebenaran tidak dapat dihapuskan.

6. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang berlaku walaupun berlaku, saya yakin kepada Allah swt yang benar tetap benar.

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa.

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga akhir hayat.

9. Kepada seluruh Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim.

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita berdoa dan pertahankan.

11. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.

Bertarikh pada 8 Mac 2013.

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan

[NASIONAL] SAIFUL BUKHARI ADAKAN SIDANG MEDIA PETANG INI - #LIWAT2


Dimaklumkan bahawa Saiful Bukhari Azlan akan mengadakan sidang medianya pada jam 5.30 petang ini di pejabat guaman Zamri Idrus & Co, Suite B3-6-6, kompleks Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Saiful Bukhari, mangsa dalam kes 'liwat II' yang melibatkan nama ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh, dikatakan akan memberikan kenyataan beliau ekoran laporan dari laman web www.KeadilanDaily.com yang memetik kata-kata bapanya, Azlan Mohd Lazim, menuduh bahawa kes 'liwat II' adalah rancangan pihak-pihak tertentu termasuk pegawai khas perdana menteri, Khairil Annas Jusoh.

Walaupun kes 'liwat II' memihak kepada Anwar Ibrahim, secara moralnya Saiful kelihatan mengatasi Anwar bilamana berani bersumpah 'laknat' dengan menjunjung kitab suci Al-Quran, suatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga kini.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : WWW.KEADILANDAILY.COM CUBA ALIH ISU LAHAD DATU DENGAN ISU BASI 'LIWAT II' - #LAHADDATU


Laman web rasmi PKR, www.KeadilanDaily.com telah memuatkan satu artikel pengakuan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa dalam kes 'liwat II' yang memihak kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan satu konspirasi terancang kononnya kes 'liwat II' itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh.

Bagaimana pun, melalui sistem 'blackberry blast message' atau BBM, Saiful Bukhari dilaporkan tetap istiqomah dengan pengakuan bersumpah menjunjung kitab suci Al-Quran yang pernah beliau lakukan dan menganggap bahawa bapanya itu sedang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pemerhati politik yang dihubungi juga menganggap bahawa isu lama yang tiba-tiba muncul ini adalah tindakan terdesak pihak pembangkang bagi mengalihkan isu berat yang lebih utama iaitu krisis pencerobohan Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata api yang mengganas dan membunuh lapan anggota keselamatan negara.

Sewaktu bukti-bukti yang dikumpul menunjuk arah (lead direction) kepada penglibatan beberapa ahli politik pembangkang, Anwar tampil mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang mengulangi tuduhan terhadap dirinya seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News.

Pengakuan Azlan, bapa kepada Saiful Bukhari ini turut dipertikaikan kerana Azlan tiada 'locus standi' untuk bercakap bagi pihak anaknya dan Azlan sendiri bukanlah mangsa mahu pun saksi dalam kes yang masih belum didengar dalam peringkat rayuan ini.

Laman web rasmi PKR ini sememangnya dipertikaikan setelah menyiarkan beberapa artikel kontroversi termasuk kenyataan naib presiden PKR, Tian Chua yang mengaitkan krisis Lahad Datu dengan sandiwara Umno dan kenyataan yang menghina keluarga mangsa terkorban bila menyamakan mangsa dengan perumpamaan 'mati katak!'