SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Sayang Selangor. Show all posts
Showing posts with label Sayang Selangor. Show all posts

Friday 11 January 2013

[KHAS] : ORANG MUDA SERANG @KHALID_IBRAHIM SEHINGGA BERDARAH-DARAH HATINYA



PANDAN JAYA - Kerajaan Selangor semalam didesak untuk menunaikan manifesto yang telah dibuat kepada rakyat semasa pilihan raya umum lepas berhubung isu perumahan anak muda di negeri ini.

Pengerusi Sekreteriat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi, mendesak agar kerajaan negeri itu di bawah pimpinan menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar menunaikan janji yang telah diberikan kepada rakyat.

"Kita mendesak agar kerajaan negeri Selangor memperbaiki dasar polisi untuk anak-anak muda di negeri ini terutamanya sakan isu perumahan ini.

"Dimanakah rumah kos rendah yang dimaksudkan itu? Adakah itu adalah rumah kos rendah ketika zaman Barisan Nasional (BN) ataupun itu adalah rumah dengan polisi serta dasar mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan perumahan di Pandan Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah barisan kepimpinan anak muda kawasan Parlimen Pandan.

Budiman turut mempersoalkan mengenai kenyataan kepimpinan negeri Selangor bahawa telah membina sebanyak 1, 510 buah rumah di daerah Hulu Langat.

"Warga Selangor sudah melihat sendiri dalam iklan mereka (kerajaan negeri) tentang jumlah perumahan untuk anak muda iaitu sebanyak 1, 510 rumah kos rendah, tetapi dimana rumah-rumah ini?," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal sebagai badan yang membina rumah murah.

"Kita merayu kepada PKNS untuk kembali sebagai pembina rumah rumah kerana peranan itu sudah tiada lagi kini," ujarnya.


Laporan: shahalamrebels

Saturday 29 December 2012

PANAS : KARNIVAL SAYANGI SELANGOR DITUNJANGI KREW AMK?

Di Shah Alam kini sedang berlangsung karnival Sayangi Selangorku anjuran Barisan Nasional (BN).

Namun benarkah 'event manager' bagi program ini dimiliki oleh pendukung tegar PKR atau lebih tepat lagi AMK?

Tinjauan wartawan kami mendapati sebahagian besar krew 'event manager' tersebut turut dibarisi muka-muka tegar penyokong AMK.

Jika ini benar, apa relevansinya BN Selangor 'menyuap' orang yang melibas BN?

Siapa yang bertanggungjawab melantik mereka?